"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Beautiful Nara

Sunday, August 12, 2012

Kisah Paling Lawak Dalam Sejarah Olimpik Di Kolam Renang

Dalam acara renang, Michael Phelps adalah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, merupakan perenang terhebat sepanjang zaman dan juga ahli Olimpik paling banyak menggondol pingat dalam sejarah. Tapi sebelum Phelps, siapakah perenang yang mendapat tumpuan dunia? Diperkenalkan, Eric Moussambani dari Equatorial Guinea.

Eric Moussambani terkenal bukanlah kerana beliau berjaya memecahkan rekod dunia atau meraih pingat emas dalam sukan tersebut, tetapi kerana beliau merupakan seorang perenang yang hampir-hampir tak tahu berenang.



Eric Moussambani yang juga dikenali sebagai "The Eel" merupakan perenang dari Equatorial Guinea yang mengambil bahagian dalam acara renang 100m individu lelaki di Olimpik Sydney pada tahun 2000. Walaupun sebelum ini beliau tidak pernah berlatih dalam kolam renang bersaiz Olimpik dan hanya berlatih berenang 8 bulan sebelum Olimpik bermula, beliau tetap layak melalui wild card yang diadakan untuk menggalakkan negara-negara membangun untuk mengambil bahagian.

eric-moussambani
Ceritanya bermula apabila satu hari Eric Moussambani terdengar pengunguman dari radio mencari sesiapa yang berminat untuk menyertai skuad renang Olimpik bagi Equatorial Guinea. Macam masa sekolah dulu cikgu-cikgu kita tanya siapa nak masuk pasukan bola sepak sekolah, cuma bezanya yang ini nak mencari atlit Olimpik.

Eric berminat dan beliau terpilih kerana beliau juga satu-satunya yang mendaftarkan diri. Dengan tanpa jurulatih, Eric hanya berlatih sendirian di laut dan di sungai, yang kadang-kadang dihuni oleh buaya. Memandangkan negaranya tidak mempunyai kolam renang untuk pertandingan, Eric hanya berlatih dua jam sekali setiap hujung minggu.

Tiba hari pertandingan di kolam renang Olimpik Sydney, pertama kali berenang di kolam renang bersaiz 50m, disebabkan kesilapan alih bahasa, Eric menjangkakan beliau akan berenang dalam acara 50m namun baru beliau sedar ianya adalah acara 100m. Tidak pernah berenang sejauh 100m dalam seumur hidupnya sebelum ini, beliau bertanding dengan dua orang perenang dari Niger dan Tajikistan dalam peringkat saringan.
acara-renang-100m-olimpik-sydney
Namun akhirnya Eric terpaksa berenang berseorangan kerana dua perenang lain dibatalkan kelayakan kerana false start. Hasilnya? Eric berjaya mencipta sejarah di kolam renang tersebut...

dengan merekod masa terlama dalam sejarah renang Olimpik iaitu 1:52:72, melebihi masa kelayakan iaitu 1 minit 10 saat. Lihat aksi beliau di youtube:




Berenang di hadapan 17,000 penonton, Eric yang seolah-olah hampir lemas setelah menghabiskan 50m pertama mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton yang memberikan semangat kepada beliau dan berjaya mencatatkan masa peribadi terbaik beliau dan bagi negara Equatorial Guinea. Aksi beliau itu bukan sahaja menaikkan namanya, malah menjadikan beliau cukup terkenal hinggakan terpaksa menjawab 100 temuramah sebaik pertandingan berakhir.

Dalam Olimpik 2004 di Athens, beliau berhasrat untuk bertanding semula setelah berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya mencatat masa terbaik 57 saat, satu peningkatan yang sangat ketara berbanding masa yang pernah dicatat sebelum ini namun tidak kesampaian kerana masalah visa dan birokrasi (ada spekulasi mengatakan beliau dihalang oleh negara kelahirannya daripada menyertai Olimpik).

Olimpik 2008 pula beliau tidak mengambil bahagian dan pada tahun 2012 beliau dilantik sebagai jurulatih bagi skuad renang Equatorial Guinea.


 Sumber: kfein.blogspot.com

Begitulah gaya seorang atlit dari negara yang kolam renang pun tiada, bukan senang tu nak abiskan 100 meter tambah pulak tidak pernah berlatih berenang di kolam renang 50 meter. Syabas Eric.

No comments:

Post a Comment

BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH

PALING DISUKAI PEMBACA