"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Beautiful Nara

Wednesday, August 29, 2012

Saya Tolak 'Hudud PAS', Hudud Islam Saya Terima - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana MenteriTun Dr MahathirMohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandungdalam Islam.

Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.

"Tak pernahsaya kata tolak hududIslam," katanya ketika ditemui selepas menghadiriMajlis Anugerah InovasiPerdana Menteri(AIPM)2011, diInstitut JantungNegara (IJN) dekat sini, Selasa.

Menurut DrMahathirterdapat perbezaanyangketara diantara hukumanhududyangakandilaksanakan PAS danyang disyariatkanIslam.

"Kita kena bezakan antara dua ini(PAS dan Islam)...lainlangsung," katanya.

DrMahathirberkata pelaksanaan hukuman hudud yang dicadangkan olehPASlebihmenjurus kepada hukumanberat dan bersifat tidak adil.

"PAS lebih miripkepada nak kenakanhukumanberat yangtak ada dalam al-Quran...dia (PAS) nakrejam denganbatu. Dalam Quran sebut tentangsebat 100kali...lelakidan perempuan.

"Kita tengok diAfghanistanmereka tuduh isterinya secara kejam danbawa keluartembak bagimati...itubukan(hukuman) Islam,"katanya.

Mengulaslanjut Dr Mahathirberkata Islam menuntut supaya berlakuadil apabila meletakkan hukumankepada seseorang.

Katanya apabila sesuatuhukumanitu dibuat secara tidak adil ia bukanlah hukuman yang dituntut dalam Islam.

"Islam tuntut supaya apabila kamu menghukum, hukumlahdenganadil.OrangIslam potongtangan, tapiorang bukanIslam masuk penjara dua bulan...itutidak adil. Atauhukum wanita saja yang lelakitak hukum," tegasnya.

Ditanya tentangpendirian PAS untuk terus melaksanakan hukum hududwalaupunditentangDAP beliau menjawab:

"Itudia (PAS)punya masalah, kawan baik dia," katanya.

Sumber: mstar  online

No comments:

Post a Comment

BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH

PALING DISUKAI PEMBACA