"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Beautiful Nara

Tuesday, August 14, 2012

Sistem Baru JPJ Mampu Mengesan Lesen Dan Cukai Jalan Palsu

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan sistem data 'MySikap' bagi operasi penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, sistem itu yang diguna pakai sejak sebulan lepas, akan mengeluarkan saman serta-merta dan mampu mengesan lesen dan cukai jalan palsu.

Sebanyak 15 JPJ di seluruh negara mula menggunakan sistem ini ketika operasi dan bilangannya akan ditambah pada masa hadapan kerana sistem ini cekap serta boleh diakses 24 jam, katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau yang ditemui selepas operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Plaza Tol Puchong Selatan arah Utara, berkata setiap data termasuk kesalahan yang dilakukan di negeri, akan direkod pangkalan data, sekali gus memudahkan penguat kuasa.

Solah berkata, JPJ juga merancang untuk menambah kepelbagaian kegunaan sistem itu seperti memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan ketika operasi, selain pesalah diminta membayar saman pada ketika itu juga.

"Ini akan mempercepatkan pesalah lalu lintas melunaskan saman mereka bagi mengelakkan tunggakan yang akhirnya akan membebankan, namun ia masih di peringkat perancangan," katanya lagi.

Beliau menambah, bagi operasi sepanjang Aidilfitri, pihaknya akan membuat pemeriksaan dengan lebih rapi terutamanya ke atas bas ekspres dan penunggang motosikal kerana kenderaan jenis itu adalah penyumbang utama kemalangan.

Sumber: Mstar Online

Nampaknya teknologi semakin hari semakin canggih. Jangan lupa cek roadtax dan lesen memandu nak balik raya ni. Yelah, kadang kadang terlupa dah expired almaklum setahun sekali renew. Sekarang pun nak renew dah mudah dengan myeg.Nanti tak pasal kena saman sertamerta.

No comments:

Post a Comment

BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH

PALING DISUKAI PEMBACA