"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Beautiful Nara

Monday, February 25, 2013

DOA-DOA DAN CARA MEMBUAT AIR PENERANG HATI OLEH IBUBAPA..

Salam Pembaca yang Setia,

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM bagi anak-anak
pada tahun 2012 ini. Eloklah dari awal tahun lagi diberikan anak-anak
itu minum air penerang hati supaya Allah SWT membuka pintu hati, minda
anak-anak supaya dapat menerima ilmu pelajaran yang diajar oleh
guru-guru itu dengan lebih berkesan lagi.

Air penerang hati juga sebagai ikhtiar dari ibubapa untuk anak-anak
menjadi tenang dan tenteram apabila menjawab soalan peperiksaan nanti
dan begitu juga untuk kebaikan anak-anak yang mengaji Al-Quran supaya
hati yang benak itu hilang serta lancar membaca Al-Quran.

Cara membuat air penerang hati ini dipelajari dari Allahyarham Hj
Sattar (Al-Hafiz) yang pernah tinggal di Daerah Kuala Krai, Kelantan.
Beliau telah kembali kerahmatullah tiga tahun yang lalu. Allahyarham
juga adalah sukarelawan yang pernah membantu merawat banyak
penagih-penagih dadah di Kelantan suatu ketika dahulu. Sesiapa yang
membuat air penerang hati ini. Sedeqahlah Al-Fatihah buat Alahyarham
Hj Sattar (Al-Hafiz). Moga-moga ilmu yang ditinggalkannya membawa
barakah buat kita.

Cara-cara membuat air penerang hati.

1. Air masak, air mineral atau air hujan malam jumaat lagi baik ditadah.

2. Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat insyak dan jika baiknya
lakukan selepas solat hajat minta Allah SWT makbulkan dan minta
anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan
pelajaran dsbg.

Surah-surah yang dibaca.

1. Shalawat Nabi -10x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Tiga Qul - 1x.
4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) - 11x.
5. Bismillah Enam - 11x.

Baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam dan dihembuskan pada air
tersebut. Minum pagi atau malam. Boleh mula minum air penerang hati
diawal tahun. Jika baiknya bagi minum setiap hari kepada anak-anak
kita mulai sekarang.

Wassalam.

Dipetik drp http://www.resepirahsiaku.com

No comments:

Post a Comment

BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH

PALING DISUKAI PEMBACA