"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Beautiful Nara

Monday, August 13, 2012

Apa Itu Backlink?

Pernah anda terfikir kenapa la setiap kali buat post di blog anda, tiada visitor dari search engine datang? Ini kerana salah satu sebabnya adalah anda tidak membuat optimasi enjin carian (SEO) pada laman blog anda. Bila tiada visitor maka blog anda secara asasnya sama seperti sebuah kedai yang tidak mempunyai pelanggan!
Salah satu cara optimasi off page yang selalu dibuat oleh webmaster-webmaster (pemilik laman web atau blog) adalah membina jaringan backlink yang banyak.


Kenapa mereka membina jaringan backlink ni? Ini kerana makin banyak backlink yang mereka ada akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web @ blog mereka dan bila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau page diupdate, maka content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page enjin carian bagi kata kunci – kata kunci (keyword) tertentu.
> BACKLINK > PAGE RANK > TINGGI KEDUDUKAN DI SEARCH ENGINE (SERP)
* SERP = search engine ranking position.
Apa itu Backlink?
Jom kita lihat apa definasi sebenar backlink ni. Menurut Wikipedia, Backlink merupakan:
Backlinks (or back-links [UK]) are incoming links to a website or web page. Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today their significance lies in search engine optimization (SEO). The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (though other measures, such as PageRank, are likely to be more important). Outside of SEO, the backlinks of a webpage may be of significant personal, cultural or semantic interest: they indicate who is paying attention to that page.
Mengikut saya pula, Backlink ini merupakan “incoming link” atau link masuk untuk website kita. Kalau ikut bahasa pasarnya, url website kita berada di website atau blog orang lain.
Pada kebiasaannya backlink boleh berlaku dengan:
  1. Orang buat review terhadap produk atau website kita, kemudian mereka letak link url kita di dalam review post tersebut.
  2. Apabila kita sponsor sesuatu theme, link kita diletakkan di footer theme tersebut.
  3. Apabila link kita diletakkan di blogroll di blog-blog orang lain.
  4. Melalui comment-comment di blog orang lain dengan meletakkan url website kita.
  5. Signature atau post di forum-forum yang kita join dengan meletakkan url website kita.
Backlink juga adakalanya dikenali sebagai inbound link atau incoming link. Inbound link ini amat mustahak untuk penentuan ranking search engine (SERP – search engine ranking position) kerana setiap seach engine mempunyai algorithmsnya yang tersendiri untuk menyukat berapa bilangan backlinks sesuatu website atau page yang ada dan sekali gus akan memberikan rank dan position yang lebih tinggi mengikut kelayakan website atau page itu sendiri.
Dalam erti kata lain, makin banyak backlink sesuatu website tersebut, maka makin popular website tersebut sekali gus segala isi kandungan (content) yang berada dalam website tersebut dianggap penting dan relevent oleh sesuatu algorithms search engine.
Mengetahui jumlah Backlink website anda.
Ada banyak cara untuk menilai berapa banyak jumlah backlink yang website anda ada. Perkara ini penting untuk diketahui kerana sebagai pemilik website, anda harus berusaha menambahkan sebanyak mana backlink yang anda ada.
Antara tool percuma yang ada untuk check jumlah backlink website anda adalah Backlink Watch;
http://www.backlinkwatch.com/index.php
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan url website anda dan tekan butang “Check Backlinks”. Jika website anda mempunyai backlink, maka secara automatiknya ia akan mengira dan memaparkan dari mana backlink tersebut datang.
Cara ini juga digunakan oleh pengalisa-penganalisa SEO untuk “spy” website pesaing mereka.  Dengan itu mereka akan terus meningkatkan lagi usaha menambahkan backlinks ke website mereka.

Sumber:  Syed-Ikhwan.com

Artikel ini menjawab banyak persoalan mengenai backlink dengan jelas dan mudah difahami walau pun oleh blogger newbie. Selamat meningkatkan backlink anda.

No comments:

Post a Comment

BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH

PALING DISUKAI PEMBACA