Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang..
kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la..Kawan aku nama dia Mail.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la. Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia.
Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.
So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalamada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Mail nie.. so dalam keadaan seram sejuk Mail nieterus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Mail nie so si Mail nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tigalagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Mail cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek dekat sini."
RUANGAN UTAMA
Beautiful Nara
Saturday, February 23, 2013
Lawak Ngeri
Temuduga
Cerita Lawak Temuduga
Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".
Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni!
Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".
Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."Lepas tu pengurus tu terus pengsan.
Wednesday, February 13, 2013
LAWAK HARI INI
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau
???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Tuesday, February 12, 2013
Lawak Hari Ini
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
Tujupakale
Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..
Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale
Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….
Sunday, August 12, 2012
Kisah Paling Lawak Dalam Sejarah Olimpik Di Kolam Renang
Eric Moussambani terkenal bukanlah kerana beliau berjaya memecahkan rekod dunia atau meraih pingat emas dalam sukan tersebut, tetapi kerana beliau merupakan seorang perenang yang hampir-hampir tak tahu berenang.
PALING DISUKAI PEMBACA
-
Bahan-bahan 300gm udang sederhana besar 3 biji bawang putih-dicincang halus 3 Cili api di hiris serong 2 biji telur Tepung jagung 25...
-
Rindunya nak makan nasi ambeng... last makan adalah tahun lepas. So sabtu lepas menunaikan hajat tekak dan selera makan... kata 'bercuti...
-
-
JUMAAT: YA ALLAH – 1,000 KALI. ALLAH HAMPIR KEPADA KITA,ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP A...
-
Tadi saya minum di sebuah restoran mamak berhampiran sebuah pusat belibelah di Ampang tapi bukan ampang point, tiba-tiba sekotak straw minum...
-
“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja. “Waalaikum al-salaam. Abang to...
-
DJ doing tricks with Traktor and Virtual DJ [New Video] A DJ uses his laptop's touchpad to control Traktor and Virtual DJ ...