Salam,
Doa ini bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena
sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam
lain yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini
terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz
atau perawat Islam selepas itu.
Jika anda syak suami atau isteri anda terkena sihir. Bolehlah
dibacakan padanya, dihembuskan pada ubun-ubunnya. InsyaAllah jika
sihir yang baru sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada
peringkat awal. Insyaallah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan
ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh
badannya, akan diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta
sakit bila dibaca doa ini).
Jika keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka
yang lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari
ustaz-ustaz di pusat rawatan Islam.
Cara membatalkan sihir.
Ambil wudhuk dahulu sebelum memulakan rawatan.
1. Kemudian Shalawat Nabi 3x.
2. Baca Al-Fatihah 7x.
3. Baca Ayatul Kursi 1x.
4. Dan Kemudian baca doa di atas (SURAH YUNUS:AYAT 80 & 81) sebanyak
3x dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian diseluruh tubuh.
Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada sekiranya diberitahu
oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa sambil menekan
hingga hilang kesakitan. Jika anda lemah semangat jangan lakukan.
Bacaan hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.
Maksudnya: (SURAH YUNUS:AYAT 80 & 81)
80. Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada
mereka: Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari
benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!
81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa
yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan
mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya
kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan
orang-orang yang melakukan kerosakan.
Wasallam.
Beautiful Nara
Monday, February 25, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PALING DISUKAI PEMBACA
-
Bahan-bahan 300gm udang sederhana besar 3 biji bawang putih-dicincang halus 3 Cili api di hiris serong 2 biji telur Tepung jagung 25...
-
Rindunya nak makan nasi ambeng... last makan adalah tahun lepas. So sabtu lepas menunaikan hajat tekak dan selera makan... kata 'bercuti...
-
-
JUMAAT: YA ALLAH – 1,000 KALI. ALLAH HAMPIR KEPADA KITA,ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP A...
-
“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja. “Waalaikum al-salaam. Abang to...
-
Tadi saya minum di sebuah restoran mamak berhampiran sebuah pusat belibelah di Ampang tapi bukan ampang point, tiba-tiba sekotak straw minum...
-
DJ doing tricks with Traktor and Virtual DJ [New Video] A DJ uses his laptop's touchpad to control Traktor and Virtual DJ ...
No comments:
Post a Comment
BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH