Anda mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata?
Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan.
Jom atasi masalah anda dengan petua-petua di bawah:
Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.
Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Beautiful Nara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PALING DISUKAI PEMBACA
-
Bahan-bahan 300gm udang sederhana besar 3 biji bawang putih-dicincang halus 3 Cili api di hiris serong 2 biji telur Tepung jagung 25...
-
Rindunya nak makan nasi ambeng... last makan adalah tahun lepas. So sabtu lepas menunaikan hajat tekak dan selera makan... kata 'bercuti...
-
-
JUMAAT: YA ALLAH – 1,000 KALI. ALLAH HAMPIR KEPADA KITA,ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP A...
-
“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja. “Waalaikum al-salaam. Abang to...
-
Tadi saya minum di sebuah restoran mamak berhampiran sebuah pusat belibelah di Ampang tapi bukan ampang point, tiba-tiba sekotak straw minum...
-
DJ doing tricks with Traktor and Virtual DJ [New Video] A DJ uses his laptop's touchpad to control Traktor and Virtual DJ ...
No comments:
Post a Comment
BLOG INI BERSTATUS DOFOLLOW. TINGGALKAN KOMEN DAN ANDA DAPAT BACKLINK PERCUMA.TERIMAKASIH